sebuah syarikat yang di beri kepercayaan oleh YAYASAN RESTU untuk mengedarkan buku-buku terbitannya. Selain itu, syarikat ini menjalankan seminar @ diskusi yang berkaitan pembacaan, pemahaman dan penghayatan Al-Quran. Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk memberi peluang dan meningkatkan kesedaran generasi sekarang dalam usaha memartabatkan kitab suci Al-Quran. Misi utama syarikat ini ialah " SETIAP KELUARGA SENASKAH AL-QURAN" Baca, Faham dan Amal.

Thursday, 28 July 2011

Mushaf Al-Quran Terjemahan Malaysia Yayasan Restu





RM 70 (satu kitab)

sebuah kitab tafsir Al-Quran yang diterbitkan oleh Yayasan Restu
dalam bahasa Malaysia sepenuhnya (100%)

menpunyai beberapa kelebihan iaitu:
  1. teks Al-Quran yang masih mengekalkan resam uthmani dan disahkan oleh Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  2. ayat Al-Quran dan terjemahannya diletakkan secara bersebelahan pada muka surat yang sama.
  3. terjemahan secara umumnya menggunakan pendekatan terjemahan tafsiran ringkas dengan merujuk kepada beberapa terjemahan dan tafsir Al-Quran dalam bahasa melayu seperti: terjemahan Tafsir Al-Marghi, Tafsir Pimpinan Rahman dan kitab-kitab mu'tabar yang lain.
  4. dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan Ulum Quran.
  5. menggunakan bahasa malaysia terkini dan mudah difahami serta sesuai untuk semua golongan.

pembahagian Mushaf Malaysia dan Terjemahan:
  1. Bahagian Pertama: sejarah Al-Quran.
    • bahagian ini menerangkan maklumat-maklumat umum mengenai Al-Quran daripada sudut sejarah pengumpulan, method penulisan resam uthmani, seni mushaf dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

  2. Bahagian Kedua: Al-Quran dan Terjemahannya.
    • ianya memuatkan nas Al-Quran lengkap 30 juzuk hasil penyalinan tangan oleh beberapa orang penulis khat melayu tempatan dengan mengekalkan kaedah khat nasakh yang mudah dibaca berdasarkan kepada method penulisan hashim Al-Baghdadi dan disulami  dengan gaya lenggok melayu.
     

    3. Bahagian Ketiga: Khulasah dan inti sari Al-Quran.
    • bahagian ini cuba membuka fikiran pembaca dan mengupas secara ringkas maklumat yang tersurat dan tersirat daripada setiap surah di dalam Al-Quran, seterusnya memahami inti sari utama mengikut turutan tanda ruku'.


Wednesday, 20 July 2011

KITAB SURAH-SURAH LAZIM









RM 25.00 (Senaskah)
1 set 10 naskah (RM 250.00)

Kitab Surah-Surah Lazim keluaran Yayasan Restu
di lengkapi dengan:
1) makna Per Kata ( setiap kalimah menpunyai makna ayat).
2) menerangkan makna ayat seraca keseluruhan.
3) mempunyai Asbabul Nuzul pada sebahagian surah.
4) memceritakan tentang kelebihan surah.
5) disertakan dengan surah yassin serta makna.
6) terdapat hukum tajwid di bahagian belakang kitab.
7) menggunakan bahasa melayu terkini, memudahkan pemahaman.

buku ini amat sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa kerana dilengkapi dengan kemudahan terkini.
selain itu, dapat membantu dalam memahami dan menghayati isi makna sesebuah surah dengan mendalam.