sebuah syarikat yang di beri kepercayaan oleh YAYASAN RESTU untuk mengedarkan buku-buku terbitannya. Selain itu, syarikat ini menjalankan seminar @ diskusi yang berkaitan pembacaan, pemahaman dan penghayatan Al-Quran. Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk memberi peluang dan meningkatkan kesedaran generasi sekarang dalam usaha memartabatkan kitab suci Al-Quran. Misi utama syarikat ini ialah " SETIAP KELUARGA SENASKAH AL-QURAN" Baca, Faham dan Amal.

Thursday, 28 July 2011

Mushaf Al-Quran Terjemahan Malaysia Yayasan Restu





RM 70 (satu kitab)

sebuah kitab tafsir Al-Quran yang diterbitkan oleh Yayasan Restu
dalam bahasa Malaysia sepenuhnya (100%)

menpunyai beberapa kelebihan iaitu:
  1. teks Al-Quran yang masih mengekalkan resam uthmani dan disahkan oleh Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  2. ayat Al-Quran dan terjemahannya diletakkan secara bersebelahan pada muka surat yang sama.
  3. terjemahan secara umumnya menggunakan pendekatan terjemahan tafsiran ringkas dengan merujuk kepada beberapa terjemahan dan tafsir Al-Quran dalam bahasa melayu seperti: terjemahan Tafsir Al-Marghi, Tafsir Pimpinan Rahman dan kitab-kitab mu'tabar yang lain.
  4. dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan Ulum Quran.
  5. menggunakan bahasa malaysia terkini dan mudah difahami serta sesuai untuk semua golongan.

pembahagian Mushaf Malaysia dan Terjemahan:
  1. Bahagian Pertama: sejarah Al-Quran.
    • bahagian ini menerangkan maklumat-maklumat umum mengenai Al-Quran daripada sudut sejarah pengumpulan, method penulisan resam uthmani, seni mushaf dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

  2. Bahagian Kedua: Al-Quran dan Terjemahannya.
    • ianya memuatkan nas Al-Quran lengkap 30 juzuk hasil penyalinan tangan oleh beberapa orang penulis khat melayu tempatan dengan mengekalkan kaedah khat nasakh yang mudah dibaca berdasarkan kepada method penulisan hashim Al-Baghdadi dan disulami  dengan gaya lenggok melayu.
     

    3. Bahagian Ketiga: Khulasah dan inti sari Al-Quran.
    • bahagian ini cuba membuka fikiran pembaca dan mengupas secara ringkas maklumat yang tersurat dan tersirat daripada setiap surah di dalam Al-Quran, seterusnya memahami inti sari utama mengikut turutan tanda ruku'.


No comments:

Post a Comment